Thursday, June 20, 2013

Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus, Larkin

Sumber dari pelbagai laman

Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos (Stadium Larkin)
Alamat: Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos,
Jalan Dato’ Jaafar, 80350 Johor Bahru

Pengurusan: Perbadanan Stadium Johor anak syarikat Johor Corporation (JCorp)

Venue Tuanrumah: Johor Darul Takzim FC (Liga Super Malaysia 2013)

Dibina pada 1964 dengan kapasiti 10,000 apabila di gunakan pada 1968. Dibuka 1966 dengan kapaisti 15,000 dengan kos RM555,000 sempena nama Menterii Besar Johor 1959-1967 iaitu Datuk Haji Hassan Bin Haji Yunos. Pada 1991 di naiktaraf dengan kos RM50 juta serta ditambah kapasiti kepada 30,000
Perancangan akan datang menaikkan kapasiti stadium kepada 45,000

Tuesday, June 18, 2013

Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur




Tempat Duduk

Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur
Mula dibuka:- 1998

Berukuran 76,000 meter persegi. Berbentuk mangkuk dengan tiga tahap tempat duduk penonton. Stadium pelbagai guna untuk pertandingan olahraga, perlawanan bolasepak, upacara pembukaan dan peristiwa bersejarah.

Stadium ini dilengkapi dengan kemudahan berikut:
  1. padang 68m x 105m
  2. 9 lorong 400m trek sintetik
  3. 9m x 400m trek sintetik
  4. 6m x 60m trek pemanas badan
Kapasiti 100,000 tempat duduk penonton dengan 200 ruang untuk orang kurang upaya.
Kemudahan lain: Pusat media dengan pejabat berita, studio penyiaran dan bilik peralatan teknikal. Lampu limpah berkuasa 1,500 flux. Papan markah berwarna di bahagian utara dan selatan. Satu untuk informasi tentang acara dan pertandingan manakala satu lagi untuk paparan video.

Dilengkapi dengan bilik persalinan, bilik mandi, bilik sauna.

Acara Utama:
1998 - Sukan Komonwel (Olahraga -trek dan padang, upacara pembukaan dan penutup) (Commonwealth Games)
2001 - Sukan Sea (Sea Games)
2004 - Piala Tiger (Tiger Cup)
2007 - Piala Negara Asia (Asian Cup)
2007 - Champion Youth Cup

Stadium Perak Ipoh




Sumber dari pelbagai laman

Dibina: 1965, ubah suai 1975 dan 1993
Kos: 1975 (RM4 juta), 1993 (RM16 juta)
Keluasan: 12 hektar
Kapasiti: 42,500
Pengurusan stadium:- Dewan Bandaraya Ipoh

Acara dianjurkan:-
1994 - Sukan Malaysia (Sukma) ke V
1997 - Perlawanan Akhir Piala FA (Selangor lwn Pulau Pinang)
2003 - Perlawanna Akhir Piala FA (Negeri Sembilan lwn Perlis)

Stadium Perak terletak di Kampung Simee Ipoh. Ia terdiri dari satu kompleks besar yang dinamakan Kompleks Sukan DBI, terdapat stadium sukan seperti Velodrome Rakyat (lumba basikal), Stadium Indera Mulia (stadium tertutup), kompleks renang dan Stadium Azlan Shah (hoki).

Stadium Bandaraya, Pulau Pinang



Stadium Bandaraya


Alamat: Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Stadium Bandaraya, 10460, Lorong Kulit, Penang

Stadium Bandaraya dibuka pada tahun 1957, terletak di Lorong Kulit dan dapat menampung kira-kira 25,000 orang penonton.

Ia boleh digunakan untuk kejohanan olahraga, bolasepak, permainan padang yang lain, pertunjukan pentas dan upacara lain.

Diuruskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)

Stadium Sarawak

Sumber: Perbadanan Stadium Negeri Sarawak

Dibuka; 1997
Kos: RM120 juta
Kapasiti: 40,000

Stadium Sarawak terletak di kawasan seluas 300,000 meter persegi di Petra Jaya. Pembinaan Stadium yang bertaraf dunia ini telah menelan belanja bernilai RM120 juta dan siap dalam tempoh 18 bulan yang telah dibuka dengan rasminya pada 17 Jun 1997. Stadium ini dapat memuatkan kapasiti lebih kurang 40,000 tempat duduk dan kawasan khas untuk warga kurang upaya. Stadium ini ditutupi 80% dengan bumbung Pre-coated Fabric Membrane, mempunyai sebuah Padang Bolasepak seluas 8,400 meter persegi yang dilitupi dengan rumput manila.

Stadium Negeri Sarawak

Sumber: Perbadanan Stadium Negeri Sarawak

Alamat:
Perbadanan Stadium Negeri Sarawak Petra Jaya,
Kuching, Sarawak

Dibuka: 1983
Kos: RM22.6 juta
Kapasiti: 26,000

Stadium Negeri terletak di kawasan seluas 5 hektar di Petra Jaya. Dibuka dengan rasminya pada 27 Ogos 1983. Mengalami 3 peringkat pembinaan. Pembinaan peringkat kedua telah siap pada 15 Jun 1989 manakala peringkat ketiga dengan tambahan sebuah blok siap pada 24 Jun 1991. Kos keseluruhan pembinaan Stadium Negeri ini adalah sebanyak RM22.6 juta. Stadium ini dapat memuatkan lebih kurang 26,000 penonton dalam satu masa.

Sunday, June 16, 2013

Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu

Dibuka: 1967
Kapasiti: 30,000

Perbadanan Stadium Kelantan
Bangunan Astaka, Stadium Sultan Muhammad Ke IV
15200 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim


Stadium Sultan Muhammed Ke IV telah dibina pada tahun 1967 secara berperingkat bertujuan bagi menyediakan tempat untuk menjalankan aktiviti bersukan Negeri Kelantan, juga sebagai pemangkin kepada kemajuan sukan di Negeri Kelantan terutamanya dalam sukan bola sepak dan olahraga.

Bangunan stadium ini telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYMM Almarhum Sultan Muhammed Ke IV Ibnu Almarhum Sultan Yahya Petra selain memperkenankan bangunan stadium dengan nama Stadium Sultan Muhammad IV.

Stadium ini dibina di atas tapak padang bola sepak Persatuan Bola Sepak Kelantan dahulunya, terletak di tengah pusat bandar Kota Bharu bersebelahan dengan pejabat kerajaan seperti Hospital Raja Perempuan Zainab II, Ibu Pejabat Kontijen Polis Kelantan dan Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.

Pada masa tersebut ia merupakan sebuah stadium terbesar di Pantai Timur dengan kapasiti tempat duduk seramai 22,000 orang di samping mempunyai padang bola yang memenuhi piawaian keluasan padang yang ditetapkan iaitu berukuran 119 meter panjang dan 100 meter lebar.

Perbadanan Stadium Kelantan yang terletak di tanah milik Perbadanan di Lot 436 Seksyen 12, Kota Bharu secara rasminya telah ditubuhkan sebagai salah sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Kelantan pada akhir Disember tahun 1973 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Bilangan 15 Tahun 1973 bagi tujuan pemantapan pengurusan stadium yang pada awal penubuhannya diuruskan oleh Persatuan Stadium Kelantan

Saturday, June 15, 2013

Stadium Hang Tuah Melaka

Sumber: Perbadanan Stadium Melaka/Perlis FA

Stadium Hang Tuah merupakan stadium yang tertua di negeri Melaka. Dahulunya dikenali sebagai Stadium Kubu, ia dibuka secara rasminya pada tahun 1954 oleh The Honourable Mr. G.E.C Wisdom. C.M.G. yang pada waktu itu merupakan Presiden of Commissioner Malacca, President of Municipal Council, dan President Malacca Stadium.

Pada waktu itu stadium ini terletak dibawah pengurusan Malacca Stadium Committee. Pada 31 Ogos 2001, nama stadium ini akhirnya ditukar kepada Stadium Hang Tuah.

Perasmian itu dibuat oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabuddin, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Dengan keluasan lapan ekar, Stadium Hang Tuah mampu menampung sehingga 15,000 orang dalam satu-satu masa. Stadium Hang Tuah diuruskan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sehingga 1 Jun 2005 sebelum diserahkan pada Perbadanan Stadium Melaka.

Kemudahan yang ada di Stadium Hang Tuah tidaklah secanggih stadium yang lain, namun ianya mampu menampung keperluan minimum yang diperlukan untuk acara sukan yang besar. Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik persalinan, bilik pengadil, bangku pemain, pentas VIP, surau, bilik rehat VIP, pejabat pengurusan, dan juga tempat meletak kenderaan. Banyak acara besar telah diadakan disini seperti Sukan Malaysia XIII Melaka 2010.

Pada 2013 Stadium Hang Tuah berubah wajah berikutan langkah kerajaan Melaka menjadikan sekitar stadium sebuah kawasan hijau.

Projek itu menyaksikan sebuah taman rekreasi dibina di antara stadium berkenaan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC), selain perlaksanaan kerja landskap bagi menghijaukan persekitaran.

Pembinaan pusat rekreasi itu menyaksikan dinding dan tempat duduk stadium berhampiran bangunan UTC dirobohkan.

Stadium Hang Jebat Melaka




Sumber: Perbadanan Stadium Melaka

STADIUM HANG JEBAT, MELAKA

Kapasiti: 40,000
Siap dibina: September 2004
Alamat:-
Perbadanan Stadium Melaka
Stadium Hang Jebat
Kompleks Sukan Hang Jebat,
Paya Rumput-Krubong,
75260 Melaka.

Jarak dari: Pusat bandar (13km), Tol Ayer Keroh (10km), Tol Simpang Ampat (24km)

ACARA DIANJURKAN:
2007 - Champions Youth Cup (CYC)
2010 - Sukan Malaysia XIII, Melaka 2010

Stadium Utama Negeri Kangar

Alamat: Perbadanan Stadium Utama Negeri,
Jalan Kampung Pondok off Jalan Kaki Bukit,
01000 Kangar, Perlis

sumber Perlis FA

Tarikh Pembinaan: 1992, ubahsuai 1995, naiktaraf 2012
Kos: RM19.28 juta
Kapasiti: 20,000

Stadium Darul Aman, Alor Setar

Stadium Darul Aman
Alamat: Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Darul Aman
Astaka Utama, Stadium Darul Aman
Lebuhraya Darulaman, 05100Alor Setar
Kedah

Sumber dari pelbagai laman

Stadium Darul Aman mula dibina pada tahun 1967. Mempunyai kapasiti penonton sebanyak 32,387 dengan semuanya berkerusi selepas pengubahsuaian pada tahun 1997 dan 2006.

Kerajaan Negeri pernah menyerahkan pengurusan Stadium Darul Aman kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) 1997 dan pihak KFA telah menubuhkan Lembaga Pengurusan Stadium Darul Aman untuk menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran, pengurusan dan penyelenggaraan Stadium Darul Aman.

Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 30 Ogos 2006 telah membuat keputusan bahawa Stadium Darul Aman adalah antara venue yang diletakan dibawah pengurusan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah. Pengambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006.

Stadium Majlis Perbandaran Selayang







Alamat: Jalan 2/2, Bandar Baru Selayang,
Batu Caves, 68100, Selangor.

Pembinaan Stadium MPS ini bertujuan untuk menyediakan pusat kegiatan sukan dan aktiviti yang berkaitan . Cadangan pembinaan ini melibatkan kos anggaran RM25 juta dan ianya dibahagikan kepada 3 pakej.

Rangka stadium MPS mula dibina sejak bulan September 1997 . Stadium ini telah siap dibina pada bulan September 1999 dan telah dirasmikan pada 26hb November 1999 oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri (Dr.) Hj Abu Hassan B Hj Omar, Menteri Besar Selangor.

Stadium Langkawi

Kompleks Sukan Langkawi





Alamat:
Kompleks Sukan Langkawi, Jalan Air Hangat, 07000 Kuah, Langkawi.

RM3 juta untuk lengkapkan Kompleks Sukan Langkawi

7 Okt 1999 - Hampir RM3 juta diperuntuk bagi melengkapkan kemudahan di Kompleks Sukan Langkawi untuk menjadikannya gelanggang sukan bertaraf antarabangsa.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) membina gelanggang kolam renang dan boling padang bertaraf antarabangsa pada tahun depan.

Pada masa ini beberapa kemudahan termasuk gelanggang pelbagai guna iaitu padang bola sepak, gelanggang bola tampar dan bola keranjang sedang dalam pembinaan.

Kompleks yang dibina pada 1991 itu mempunyai beberapa kemudahan seperti gelanggang tenis, dewan serbaguna, mini stadium dan gelanggang olahraga.

Antara kejohanan besar yang telah berlangsung di kompleks itu ialah Kejohanan Memanah Asia, Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-sekolah ASEAN dan Kejohanan Tenis antarabangsa membabitkan penyertaan pemain-pemain profesional. - Bernama

Stadium Mini Shah Alam

Stadium Mini Shah Alm

Berkuatkuasa pada 1 Mac 2005, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) secara rasminya telah dilantik oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengambilalih pengurusan Stadium Mini Shah Alam.

Stadium ini juga merupakan tempat latihan bagi Kelab Bolasepak PNSB yang merupakan salah satu pasukan yang bersaing dalam Liga Super FAS-MKLand 2005.

Di samping itu juga, stadium ini dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk menyewa padang serta kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di sini.

Padang Bola Sepak A

Padang Bola Sepak B

Trek dan Padang

Bangunan Stadium Mini

Sumber: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

Stadium Shah Alam

STADIUM SHAH ALAM




Sumber : Majlis Perbandaran Shah Alam
Alamat: Majlis Bandaraya Shah Alam
Aras 1, Quadron AB, Stadium Shah Alam
40000 Shah Alam, Selangor

Stadium Shah Alam telah di rasmikan pada 16 Julai 1994, walaubagaimanapun ia diserahkan sepenuhnya kepada MBSA mulai 1 Januari 2003.

Keluasan kawasan stadium ini ialah 283 hektar yang menempatkan tiga bangunan utama iaitu Stadium Utama, Stadium Malawati dan Stadium Mini Shah Alam.

Kapasiti penonton untuk acara di Stadium Utama ialah 80,000 orang dan untuk Stadium Malawati ialah 12,000 orang.

Terletak hanya 30 km dari Kuala Lumpur, 70 km dari KLIA dan 2 km dari hotel-hotel tempatan.

Kompleks Sukan Shah Alam adalah dibawah pentadbiran MBSA dan ianya merangkumi pengurusan kawasan kompleks, tempat letak kereta, Stadium Malawati dan juga Stadium Utama manakala Stadium Mini adalah dibawah pentadbiran PNSB (Permodalan Nasional Sdn Bhd).

Merupakan stadium terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 283 hektar yang berharga RM 460 juta dan telah dibuka pada tahun 1994.

Boleh menempatkan 71,000 penonton (duduk) dan 10,000 penonton (berdiri). Terdapat 5,500 petak tempat letak kereta serta 3,552 petak tempat letak motosikal telah disediakan bagi kemudahan pengunjung.

Merupakan venue penting untuk pelbagai acara sukan, terutamanya sukan yang bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komenwel yang telah berlangsung pada tahun 1998.

Stadium Negeri Pulau Pinang Batu Kwan




STADIUM NEGERI PULAU PINANG, BATU KAWAN.

Alamat Stadium: Stadium Negeri Batu Kawan,
14100 Simpang Empat, Seberang Perai

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mula mengambil alih pengurusan Stadium Negeri Batu Kawan Pulau Pinang daripada Penang Development Corporation (PDC) mulai 1 April 2003.

Penyerahan Pengurusan Stadium Negeri Batu Kawan kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSN)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 Disember 2008 telah meluluskan penyerahan Pengurusan Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSN) dan Minit Mesyuarat MMK telah disahkan pada 7 Januari 2009.

Alamat Pengurusan: Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
Batu Uban, 11700 PULAU PINANG

Terletak di Mukim 13 Seberang Perai Selatan. Mempunyai keluasan sebanyak 150 ekar.

Kapasiti penonton : 40,000 tempat duduk.
Kos binaan : RM 104 juta.
Tarikh Pembinaan: Tahun 1998
Mula Dibuka: Tahun 2000

Kemudahan yang ada :-
Stadium terbuka dengan kapasiti tempat duduk 40,000 penonton (55 ekar).
Padang bola sepak (piawaian FIFA).
Trek balapan dan kemudahan-kemudahan olahraga (piawaian IAAF).
Papan markah elektronik (berwarna).
Tempat letak kereta, bas dan motosikal (4,610 unit)

Kemudahan yang ada dalam bangunan stadium :-
Bilik mesyuarat, Bilik media, Bilik VIP, Bilik perubatan dan pertolongan cemas, Surau, Pusat Kawalan Polis, Bilik pengawalan sistem 'scoreboard dan videoboard', Tempat letak kereta untuk VIP, Bilik persalinan, Bilik pengadil dan Stor.

Acara Dianjurkan:-
2000 Sukan Malaysia (Sukma)
2000 Perlawanan Akhir Piala FA - Pulau Pinang lwn Terengganu
2007 Perlawanan Akhir Piala FA - Kedah lwn Perlis

Friday, June 14, 2013

Stadium Darul Makmur, Kuantan

Stadium Darul Makmur, Kuantan
Perbadanan Stadium Darul Makmur,
Tingkat 2,
Stadium Darul Makmur,
Jalan Dato' Lim Hoe Lek,
25200 Kuantan, Pahang

Sumber : Perbadanan Stadium Darul Makmut
Tarikh Pembinaan: 1971, ubahsuai 1995
Kos RM7.7 juta (1971), ubahsuai RM19 juta (1995), baikpulih RM18.5 juta (2011)
Keluasan: 6.4 hektar
Kapasiti: 35,000