Thursday, June 20, 2013

Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunus, Larkin

Sumber dari pelbagai laman

Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos (Stadium Larkin)
Alamat: Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos,
Jalan Dato’ Jaafar, 80350 Johor Bahru

Pengurusan: Perbadanan Stadium Johor anak syarikat Johor Corporation (JCorp)

Venue Tuanrumah: Johor Darul Takzim FC (Liga Super Malaysia 2013)

Dibina pada 1964 dengan kapasiti 10,000 apabila di gunakan pada 1968. Dibuka 1966 dengan kapaisti 15,000 dengan kos RM555,000 sempena nama Menterii Besar Johor 1959-1967 iaitu Datuk Haji Hassan Bin Haji Yunos. Pada 1991 di naiktaraf dengan kos RM50 juta serta ditambah kapasiti kepada 30,000
Perancangan akan datang menaikkan kapasiti stadium kepada 45,000

Tuesday, June 18, 2013

Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur




Tempat Duduk

Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur
Mula dibuka:- 1998

Berukuran 76,000 meter persegi. Berbentuk mangkuk dengan tiga tahap tempat duduk penonton. Stadium pelbagai guna untuk pertandingan olahraga, perlawanan bolasepak, upacara pembukaan dan peristiwa bersejarah.

Stadium ini dilengkapi dengan kemudahan berikut:
  1. padang 68m x 105m
  2. 9 lorong 400m trek sintetik
  3. 9m x 400m trek sintetik
  4. 6m x 60m trek pemanas badan
Kapasiti 100,000 tempat duduk penonton dengan 200 ruang untuk orang kurang upaya.
Kemudahan lain: Pusat media dengan pejabat berita, studio penyiaran dan bilik peralatan teknikal. Lampu limpah berkuasa 1,500 flux. Papan markah berwarna di bahagian utara dan selatan. Satu untuk informasi tentang acara dan pertandingan manakala satu lagi untuk paparan video.

Dilengkapi dengan bilik persalinan, bilik mandi, bilik sauna.

Acara Utama:
1998 - Sukan Komonwel (Olahraga -trek dan padang, upacara pembukaan dan penutup) (Commonwealth Games)
2001 - Sukan Sea (Sea Games)
2004 - Piala Tiger (Tiger Cup)
2007 - Piala Negara Asia (Asian Cup)
2007 - Champion Youth Cup