Dibuka: 1967
Kapasiti: 30,000
Perbadanan Stadium Kelantan
Bangunan Astaka, Stadium Sultan Muhammad Ke IV
15200 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim
Stadium Sultan Muhammed Ke IV telah dibina pada tahun 1967 secara berperingkat bertujuan bagi menyediakan tempat untuk menjalankan aktiviti bersukan Negeri Kelantan, juga sebagai pemangkin kepada kemajuan sukan di Negeri Kelantan terutamanya dalam sukan bola sepak dan olahraga.
Bangunan stadium ini telah disempurnakan perasmiannya oleh KDYMM Almarhum Sultan Muhammed Ke IV Ibnu Almarhum Sultan Yahya Petra selain memperkenankan bangunan stadium dengan nama Stadium Sultan Muhammad IV.
Stadium ini dibina di atas tapak padang bola sepak Persatuan Bola Sepak Kelantan dahulunya, terletak di tengah pusat bandar Kota Bharu bersebelahan dengan pejabat kerajaan seperti Hospital Raja Perempuan Zainab II, Ibu Pejabat Kontijen Polis Kelantan dan Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Pada masa tersebut ia merupakan sebuah stadium terbesar di Pantai Timur dengan kapasiti tempat duduk seramai 22,000 orang di samping mempunyai padang bola yang memenuhi piawaian keluasan padang yang ditetapkan iaitu berukuran 119 meter panjang dan 100 meter lebar.
Perbadanan Stadium Kelantan yang terletak di tanah milik Perbadanan di Lot 436 Seksyen 12, Kota Bharu secara rasminya telah ditubuhkan sebagai salah sebuah Badan Berkanun Kerajaan Negeri Kelantan pada akhir Disember tahun 1973 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Bilangan 15 Tahun 1973 bagi tujuan pemantapan pengurusan stadium yang pada awal penubuhannya diuruskan oleh Persatuan Stadium Kelantan

No comments:
Post a Comment