Rekabentuknya dilukis mulai 15 Julai 1956 dan longkang besar di luar stadium disiapkan pada 20 September 1956. Rekabentuknya adalah bujur dan diletakkan menghala Utara-Selatan supaya pemain tidak bermain menghadap matahari petang.
Tempat duduk berbumbung terletak di sebelah barat. Arena Stadium menyediakan trek larian 400 meter dan 8 lorong serta sebuah padang untuk permainan bola sepak, ragbi dan hoki.
Keseluruhan Stadium boleh memuatkan penonton seramai 21,364 termasuk 3,000 tempat duduk berbumbung. Pada tahun 1974 muatan tempat duduk telah ditambah dengan kemampuan kapasiti 32,800 penonton.
Kos bagi kerja penambahan itu adalah RM4.5 juta. Masuk ke Stadium Merdeka adalah melalui turnstile. Ada sebanyak 50 turnstile disediakan dan stadium merdeka boleh dipenuhkan dalam masa setengah jam serta dikosongkan dalam masa 10 minit.
Terdapat 14 pintu terowong yang menuju ke tempat duduk teres atas adalah melalui tangga. Sebuah terowong besar untuk masuk ke padang disediakan dan terletak di Barat Daya stadium.
Acara Dianjurkan:-
Pestabola Merdeka,Sukan Sea
1975 - Hoki Piala Dunia
1999 - Sukan Sea
2003 - Dijadikan Bangunan Warisan Kebangsaan (National Heritage Buiding)
2007 - Mengalami pemulihan kepada keadaan yang asal seperti tahun 1957.
No comments:
Post a Comment