Wednesday, April 23, 2008

BEIJING NATIONAL STADIUM



'Sarang Burung' dibuka kepada media-utusan malaysia

BEIJING - Stadium Kebangsaan China atau lebih dikenali sebagai 'Sarang Burung' yang akan menjadi pusat sukan utama Sukan Olimpik, Ogos ini dibuka kepada media buat pertama kalinya, semalam.

Pembinaan arena bernilai AS$500.2 juta (RM1.6 bilion) itu bermula sejak Disember 2003 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 14 minggu dari tarikh sebenar ia dijadualkan siap.

Sarang Burung itu akan digunakan untuk majlis pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Beijing di samping menjadi medan acara olahraga serta pertandingan akhir bola sepak.

Dengan baki 114 hari menjelangnya majlis pembukaan, sentuhan terakhir masih lagi dijalankan di stadium berkenaan. Para pekerja masih melakukan proses mengecat garisan pada trek larian dan meletakkan 91,000 kerusi yang masih belum dipasang pada tempat yang sepatutnya.

Pekerja dan sukarelawan yang bekerja menyiapkan stadium itu enggan meluangkan masa bercakap dengan media. Namun, ada antara mereka berkata, struktur bangunan itu sememangnya menakjubkan.

Dari bahagian dalam bangunan, jalinan struktur keluli dihalang oleh membran yang akan memastikan hujan tidak mengenai kerusi dalam stadium serta menghalang bayang-bayang yang terhasil kesan cahaya matahari yang boleh mencacatkan gambar di televisyen.
- Reuters
The National Stadium Dikenali juga sebagai:
"Sarang Burung" kerana berbentuk sarang burung (bird nest). Stadium berukuran 330m panjang x 220m lebar x 69.2m tinggi. Kos USD 500 juta(RM 1.6 billion). Dibina untuk kegunaan Sukan Olimpik Beijing 2008(Ogos 8-24 2008).

Location(Lokasi): Olympic Green

Total land surface(Keluasan tanah): 258,000 sq m

Permanent Seats(Tempat duduk kekal): 80,000

Temporary Seats(Tempat duduk sementara): 11,000

Competitions (Acara): Athletics, Football (Olahraga, Bolasepak)

Post-Games use (Kegunaan selepas Olimpik): The Stadium is to stage sports events at national and international levels, as well as cultural and entertaining activities
Stadium akan digunakan untuk acara sukan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa, juga acara kebudayaan dan hiburan.

Groundbreaking date (Tarikh pecah tanah): Dec. 2003

Designer (Pereka): Herzog & DeMeuron (Swiss) and China Architecture Design Institute;

No comments: