Wednesday, April 30, 2008

STADIUM DATO' SHEIKH AHMAD, KANGAR


Sumber dari myperlis.com

Stadium Dato' Sheikh Ahmad Kangar terletak di Jalan Kolam di antara Sungai Perlis dengan kawasan Hospital Kangar.

Kewujudannya adalah untuk menggantikan Padang Bandaran yang terletak tidak jauh dari tapak stadium berkenaan bagi pelbagai aktiviti sukan terutamanya pertandingan bola sepak.

Kewujudan stadium ini adalah atas usaha bekas Menteri Besar Perlis yang pertama iaitu Allahyarham Tan Sri Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim.

Menurut bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perlis, Syed Hassan bin Syed Muhamad, tapak stadium itu adalah milik seorang pembesar Negeri Perlis ketika itu iaitu Allahyarham Tengku Abdullah.

Rumahnya terletak di tengah-tengah tapak stadium berkenaan. Pada masa itu hanya terdapat tiga buah rumah sahaja di kawasan terbabit, termasuk sebuah rumah milik anak Tengku Abdullah bernama Tengku Chik dan sebuah lagi diduduki oleh warga British dikenali sebagai Tuan Pascor iaitu sekitar tahun 1920an.

Setelah wujudnya stadium baru, kawasan stadium Dato' Sheikh Ahmad telah dijadikan Dataran.
stadiumdsa1.gif
stadiumdsa2.gif
stadiumdsa3.gif
stadiumdsa4.gif


No comments: