Wednesday, April 23, 2008

CAMP NOU,BARCELONA



Stadium Lima Bintang
Padang lama Les Corts selepas beberapa beberapa kali pembesaran telah menambah kapasitinya ke 60,000.

Ia masih belum mencukupi untuk menampung pertambahan minat kepada pasukan, terutamanya selepas kedatangan superstar Hungary Ladislau Kubala dan stadium Barça yang baru telah dibina untuk menggantikannya.

Rekaan(design):- architects Francesc Mitjans Miró dan Josep Soteras Mauri, dengan kerjasama Lorenzo García Barbón, dan dibina antara 1954 dan 1957, kebanyakannya menggunakan konkret (concrete) dan besi. Keseluruhan kos projek melampaui 288 juta pesetas, bermakna kelab telah menanggung ditahun berikutnya dengan jumlah hutang yang besar.

Nama:- Nama rasminya adalah ‘Estadi del FC Barcelona’, tidak lama kemudiannya lebih dikenali sebagai 'Camp Nou' ('padang baru'), bertentangan dengan gelanggang lama kelab di Les Corts. Sehingga musim 2000/2001, berdasarkan undian mel oleh ahli kelab, iaitu keputusan telah diambil bahawa nama rasmi stadium ialah ‘Camp Nou’ . Dari 29,102 undian yang diterima, sejumlah 19,861 (68.25%) memilih Camp Nou daripada Estadi del FC Barcelona.

Keluasan:-Ketinggian maksimum ialah 48 metres,
Luas kawasan:- 55,000 meter persegi (250 metre panjang dan 220 metre lebar). Mengikut peraturan,kawasan permainan telah dikecilkan kepada 105 metre x 68 metre.

Kapasiti:- 98,787, ia adalah stadium terbesar di Eropah. Walaubagaimanapun jumlah kapasiti telah berubah mengikut tahun disebabkan perbezaan modifikasinya. Ketika mula dibuka pada 1957, ia menampung 93,053 penonton, dimana telah bertambah ke 120,000 pada 1982 disebabkan Piala Dunia FIFA. Tetapi, dengan peraturan baru yang melarang kawasan berdiri telah mengurangkan kapasiti stadium pada lewat 1990an kepada hanya 99,000.

Pada musim 1998-99, UEFA mengiktiraf perkhidmatan dan penggunaan Camp Nou dengan menganugerahkan ia status lima bintang. Diseluruh Spain hanya tiga stadium lain boleh mengakuinya iaitu Lluís Companys Olympic Stadium, juga di Barcelona, stadium baru Cartuja Olympic Stadium di Seville dan Vicente Calderón, gelanggang Atlético Madrid.
-www.fcbarcelona.com

No comments: