Saturday, June 15, 2013

Stadium Negeri Pulau Pinang Batu Kwan




STADIUM NEGERI PULAU PINANG, BATU KAWAN.

Alamat Stadium: Stadium Negeri Batu Kawan,
14100 Simpang Empat, Seberang Perai

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mula mengambil alih pengurusan Stadium Negeri Batu Kawan Pulau Pinang daripada Penang Development Corporation (PDC) mulai 1 April 2003.

Penyerahan Pengurusan Stadium Negeri Batu Kawan kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSN)

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 Disember 2008 telah meluluskan penyerahan Pengurusan Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) kepada Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSN) dan Minit Mesyuarat MMK telah disahkan pada 7 Januari 2009.

Alamat Pengurusan: Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah
Batu Uban, 11700 PULAU PINANG

Terletak di Mukim 13 Seberang Perai Selatan. Mempunyai keluasan sebanyak 150 ekar.

Kapasiti penonton : 40,000 tempat duduk.
Kos binaan : RM 104 juta.
Tarikh Pembinaan: Tahun 1998
Mula Dibuka: Tahun 2000

Kemudahan yang ada :-
Stadium terbuka dengan kapasiti tempat duduk 40,000 penonton (55 ekar).
Padang bola sepak (piawaian FIFA).
Trek balapan dan kemudahan-kemudahan olahraga (piawaian IAAF).
Papan markah elektronik (berwarna).
Tempat letak kereta, bas dan motosikal (4,610 unit)

Kemudahan yang ada dalam bangunan stadium :-
Bilik mesyuarat, Bilik media, Bilik VIP, Bilik perubatan dan pertolongan cemas, Surau, Pusat Kawalan Polis, Bilik pengawalan sistem 'scoreboard dan videoboard', Tempat letak kereta untuk VIP, Bilik persalinan, Bilik pengadil dan Stor.

Acara Dianjurkan:-
2000 Sukan Malaysia (Sukma)
2000 Perlawanan Akhir Piala FA - Pulau Pinang lwn Terengganu
2007 Perlawanan Akhir Piala FA - Kedah lwn Perlis

No comments: