Saturday, June 15, 2013

Stadium Langkawi

Kompleks Sukan Langkawi





Alamat:
Kompleks Sukan Langkawi, Jalan Air Hangat, 07000 Kuah, Langkawi.

RM3 juta untuk lengkapkan Kompleks Sukan Langkawi

7 Okt 1999 - Hampir RM3 juta diperuntuk bagi melengkapkan kemudahan di Kompleks Sukan Langkawi untuk menjadikannya gelanggang sukan bertaraf antarabangsa.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) membina gelanggang kolam renang dan boling padang bertaraf antarabangsa pada tahun depan.

Pada masa ini beberapa kemudahan termasuk gelanggang pelbagai guna iaitu padang bola sepak, gelanggang bola tampar dan bola keranjang sedang dalam pembinaan.

Kompleks yang dibina pada 1991 itu mempunyai beberapa kemudahan seperti gelanggang tenis, dewan serbaguna, mini stadium dan gelanggang olahraga.

Antara kejohanan besar yang telah berlangsung di kompleks itu ialah Kejohanan Memanah Asia, Kejohanan Sepak Takraw Sekolah-sekolah ASEAN dan Kejohanan Tenis antarabangsa membabitkan penyertaan pemain-pemain profesional. - Bernama

No comments: