Saturday, June 15, 2013

Stadium Shah Alam

STADIUM SHAH ALAM




Sumber : Majlis Perbandaran Shah Alam
Alamat: Majlis Bandaraya Shah Alam
Aras 1, Quadron AB, Stadium Shah Alam
40000 Shah Alam, Selangor

Stadium Shah Alam telah di rasmikan pada 16 Julai 1994, walaubagaimanapun ia diserahkan sepenuhnya kepada MBSA mulai 1 Januari 2003.

Keluasan kawasan stadium ini ialah 283 hektar yang menempatkan tiga bangunan utama iaitu Stadium Utama, Stadium Malawati dan Stadium Mini Shah Alam.

Kapasiti penonton untuk acara di Stadium Utama ialah 80,000 orang dan untuk Stadium Malawati ialah 12,000 orang.

Terletak hanya 30 km dari Kuala Lumpur, 70 km dari KLIA dan 2 km dari hotel-hotel tempatan.

Kompleks Sukan Shah Alam adalah dibawah pentadbiran MBSA dan ianya merangkumi pengurusan kawasan kompleks, tempat letak kereta, Stadium Malawati dan juga Stadium Utama manakala Stadium Mini adalah dibawah pentadbiran PNSB (Permodalan Nasional Sdn Bhd).

Merupakan stadium terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 283 hektar yang berharga RM 460 juta dan telah dibuka pada tahun 1994.

Boleh menempatkan 71,000 penonton (duduk) dan 10,000 penonton (berdiri). Terdapat 5,500 petak tempat letak kereta serta 3,552 petak tempat letak motosikal telah disediakan bagi kemudahan pengunjung.

Merupakan venue penting untuk pelbagai acara sukan, terutamanya sukan yang bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komenwel yang telah berlangsung pada tahun 1998.

No comments: