Saturday, June 15, 2013

Stadium Darul Aman, Alor Setar

Stadium Darul Aman
Alamat: Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Darul Aman
Astaka Utama, Stadium Darul Aman
Lebuhraya Darulaman, 05100Alor Setar
Kedah

Sumber dari pelbagai laman

Stadium Darul Aman mula dibina pada tahun 1967. Mempunyai kapasiti penonton sebanyak 32,387 dengan semuanya berkerusi selepas pengubahsuaian pada tahun 1997 dan 2006.

Kerajaan Negeri pernah menyerahkan pengurusan Stadium Darul Aman kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) 1997 dan pihak KFA telah menubuhkan Lembaga Pengurusan Stadium Darul Aman untuk menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran, pengurusan dan penyelenggaraan Stadium Darul Aman.

Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 30 Ogos 2006 telah membuat keputusan bahawa Stadium Darul Aman adalah antara venue yang diletakan dibawah pengurusan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah. Pengambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006.

No comments: