Stadium Hang Tuah merupakan stadium yang tertua di negeri Melaka. Dahulunya dikenali sebagai Stadium Kubu, ia dibuka secara rasminya pada tahun 1954 oleh The Honourable Mr. G.E.C Wisdom. C.M.G. yang pada waktu itu merupakan Presiden of Commissioner Malacca, President of Municipal Council, dan President Malacca Stadium.
Pada waktu itu stadium ini terletak dibawah pengurusan Malacca Stadium Committee. Pada 31 Ogos 2001, nama stadium ini akhirnya ditukar kepada Stadium Hang Tuah.
Perasmian itu dibuat oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabuddin, Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Dengan keluasan lapan ekar, Stadium Hang Tuah mampu menampung sehingga 15,000 orang dalam satu-satu masa. Stadium Hang Tuah diuruskan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sehingga 1 Jun 2005 sebelum diserahkan pada Perbadanan Stadium Melaka.
Kemudahan yang ada di Stadium Hang Tuah tidaklah secanggih stadium yang lain, namun ianya mampu menampung keperluan minimum yang diperlukan untuk acara sukan yang besar. Antara kemudahan yang disediakan adalah bilik persalinan, bilik pengadil, bangku pemain, pentas VIP, surau, bilik rehat VIP, pejabat pengurusan, dan juga tempat meletak kenderaan. Banyak acara besar telah diadakan disini seperti Sukan Malaysia XIII Melaka 2010.
Pada 2013 Stadium Hang Tuah berubah wajah berikutan langkah kerajaan Melaka menjadikan sekitar stadium sebuah kawasan hijau.
Projek itu menyaksikan sebuah taman rekreasi dibina di antara stadium berkenaan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC), selain perlaksanaan kerja landskap bagi menghijaukan persekitaran.
Pembinaan pusat rekreasi itu menyaksikan dinding dan tempat duduk stadium berhampiran bangunan UTC dirobohkan.
No comments:
Post a Comment